Saturday 10 December 2011

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

 PELIHARALAH SOLATMU

.: Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan   kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.
Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.
Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.
(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban)

                                  


                                                 APA ITU SOLAT?

     
 ~Solat ialah ibadat yang terdiri dari perkataan dan perbuatan tertentu    yang dimulai dengan takbir ( Allahu Akbar) dan diakhiri dengan salam (Assalamualaikum). 
~Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan keatas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu dengan menurut rukun solat yang ditentukan.


Disamping itu solat juga merupakan tiang agama dari semua amal perbuatan lainya, dan juga merupakan salah satu amalan yang pertama sekali dihisab . sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w :
 

أَوَّلُ مَا يُحَاسَبُ عَلَيْهِ العَبْدَ يَوْمَ القِيَامَةِ الصَّلاَةَ ، فَإِنْ صَلُحَتْ صَلُحَ سَائِرِ عَمَلِهْ ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ سَائِرُ عَمَلِهِ . (رواه الطبراني)

 

“Amalan yang mula-mula dihisab ( diperhitumgkan ) dari seorang hamba pada hari kiamat ialah solat . Jika solatnya baik , maka baiklah seluruh amalanya sebaliknya jika buruk solatnya ,maka buruklah pula seluruh amalannya .”

Mari Bersolat

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

Lafaz-lafaz niat sembahyang fardhu adalah seperti berikut :

i) Niat solat subuh

  
أُصَلِّى فَرْضَ الْصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ         
“Sahaja aku sembahyang  fardhu subuh dua rakaat sebagai (makmum/imam ) kerana Allah Taala.”


ii) Niat Solat Zuhur



أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالى  
“Sahaja aku sembahyang  fardhu zuhur empat rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala,
Allahu akbar.”

iii) Niat Solat Asar
 

أُصَلِّى فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu asar empar rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”

 iv) Niat solat Maghrib




أُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu maghrib tiga rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah taala,
Allah Akbar.”


 
v) Niat Solat Isya`



أُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
 
“Sahaja aku sembahyang  fardhu isya` empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah taala ,
Allah Akbar”.
     

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4



PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

1) Jika salah satu syarat rukunnya tidak dikerjakan atau sengaja   ditinggalkan


2) Terkena najis yang tidak dapat dimaafkan.
3)  Bekata-kata dengan tidak sengaja walaupun dengan satu huruf yang ada pengertian.
4) Terbuka auratnya.



5)  Makan minum walaupun hanya sedikit
6) Mengubah niat, misalnya ingin memutuskan solat
7) Bergerak berturut-turut tiga kali seperti melangkah atau berjalan
8) Membelakangi kiblat

 9) Tertawa terbahak-bahak.
10) Menambah rukun yang berupa perbuatan seperti rukuk dan sujud.
11) Mendahului imamnya.
12) Murtad ( terkeluar dari agama islam).

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

RUKUN-RUKUN SOLAT

~Perkara-perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang


  1. Niat: dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram
  2. Takbiratul Ihram: mengucapkan perkataan Allahu Akbar
  3. Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat.
  4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
  5. Rukuk dengan toma`ninah: membongkok 90 darjah
  6. I`tidal dengan toma`ninah: berdiri betul selepas rukuk
  7. Sujud dua kali dengan toma`ninah: membongkok sehingga dahi berada diparas lantai
  8. Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah: duduk sebentar selepas sujud yang pertama
  9. Duduk tahaiyat akhir dengan toma`ninah
  10. Membaca tahaiyat akhir
  11. Membaca selawat ke atas nabi pada tahaiyat akhir
  12. Membaca salam yang pertama 
  13. Tertib
**Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan solat manakala toma`ninah ialah berhenti seketika dalam waktu lebih lama

Friday 9 December 2011

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

SYARAT SAH SOLAT

Syarat mengerjakan sembahyang mestilah dipenuhi dan dipatuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-
 
Bisikan syaitan yang mengganggu tumpuan solat


  1. Beragama Islam
  2. Baligh
  3. Suci dari hadas
  4. Suci seluruh anggota badan, pakaian dan tempat.
  5. Menutup aurat. Aurat bagi wanita,seluruh tubuhnya kecualai muka dan kedua tapak tangannya. Sedangkan aurat bagi laki-laki ialah antara pusat dan lutut.
  6. Telah masuk waktu solat yang telah ditentukan.
  7. Menghadap kearah kiblat
  8. Mengetahui mana yang termasuk rukun dan mana yang sunat. 

Template by:
Free Blog Templates